Salam warahmatullah. :)
Alhamdulillah, baby Nurin dah masuk 2 bulan.
Alhamdulillah banyak sangat perkara yang dipelajari sepanjang menjaga beliau. Tarbiyah dari Allah. 

Dahulunya semasa mengandung, saya dan suami banyak juga mengisi masa kami dengan membaca buku2 yang dapat membantu kami semasa menjadi ibu bapa. Antaranya adalah Baby Dunstan Language, yang mana mengajar cara mengenali tangisan bayi. Memang interesting! 
#bunyi 'neh' - lapar
#bunyi 'eh' - bayi nak 'burp'(sendawa)
#bunyi 'eairh' - bayi mengalami ketidakselesaan perut/usus (angin)
#bunyi 'heh' - bayi mengalami ketidakselesaan secara amnya seperti lampin basah, gatal, sakit, sejuk atau panas
#bunyi 'owh' - bayi letih/mengantuk dan mahu tidur


Setelah Nurin Safiyyah lahir ke dunia ini, ternyata ianya tak semudah yang diajari Baby Dunstan Language. Bayi kami tak pulak menangis dengan bunyi 'neh', sebaliknya menangis dgn bunyi 'eh', ' 'eairh' dan 'heh'. Dan ketika itulah, secara tak saya sedari, saya telah menyusukan beliau kurang dari apa yang diperlukan. Dan kerana itu jugak la agaknya beliau dimasukkan ke wad hospital pada hari ke-5 dengan diagnosis Mild dehydration secondary to underfeeding dan Breastfeeding Jaundice. Subhanallah, sedih dan sayu sungguh hati ini, dan dalam hati ini tak habis2 menyalahkan diri sendiri. (Tak dinafikan juga ketika itu saya juga berdepan dengan masalah penyusuan tanpa saya sedari). 

Setelah itu, saya faham yang ilmu teori tak dapat membantu kita sepenuhnya. Setiap bayi adalah berbeza. Tetapi masih boleh digunakan sebagai panduan. 
Sesungguhnya ilmu praktikal itu sangatlah bernilai. Dan kerana itu jugaklah saya ingin berkongsi di sini.

Sebab-sebab bayi yang sihat menangis :

❤️ Lapar. Cuba letakkan jari anda di sebelah hujung bibir bayi anda, sekiranya bayi anda membuka mulutnya dgn luas ke arah jari anda, maka benarlah beliau lapar. Ini dinamakan 'rooting reflex'.

❤️ Sakit perut (angin). Anda boleh kenali apabila bayi anda tak mahu baring, sebaliknya selesa dalam keadaan meniarap atau dalam keadaan tegak di bahu kita. Kemudian aksinya kekadang seakan-akan meneran. Lebih meyakinkan lagi, apabila anda lihat beliau diam bila ditepuk belakangnya. 
Cara nk kurangkan angin bayi, sapukan minyak yu yee atau minyak telon ke perut, kedua belakang betis dan tapak kaki bayi, juga bahagian belakang badan bayi dan urutkan. Selain itu, anda boleh tuam anak anda seperti yang saya selalu lakukan, sekurang-kurangnya 2kali sehari. Memang berkesan, insyaAllah.
Selain itu, cubalah 'trace' balik apa yang anda makan sehingga boleh menyebabkan bayi anda berangin. (Namun, tak dinafikan menangis banyak juga boleh mengundang angin pada perut bayi)

Ini tuam untuk bayi saya. Sebelah kiri tu dibeli dgn harga RM15 okayyy. Sebelah kanan tu, 'handmade', mengandungi halba sahaja, diikat dalam sapu tangan. Letakkan pada seterika sekejap, kemudian test pada kulit belakang tangan anda sebelum letakkan pada bayi anda. Pastikan jangan terlalu panas ye. 

❤️ Terlalu sejuk/panas. Kulit bayi tak sama seperti kulit kita. Kulit mereka sangat sensitif dengan perubahan suhu (fungsi yang belum cukup matang). Selain itu, bayi juga menangis sebagai cara untuk menghasilkan haba dalam keadaan sejuk. 

❤️ Mahu dipeluk. Bayi berada dalam perut ibunya sembilan bulan, dalam keadaan yang sempit. Apabila beliau keluar ke dunia, tanpa dipeluk dah tentu beliau rasa kosongnya sekeliling dirinya, ditambah pula dengan pergerakan tangan dan kaki yang tak dapat beliau kawal. Maka menangislah beliau mintak dipeluk kan. Agaknya sebab itulah bayi dibedung sejak dari zaman nenek moyang kita lagi.

❤️ Bosan. Wahahaha. Saya pun pada mulanya bagai tak percaya. Tapi memang betul. Bila beliau tak merasakan kehadiran sesiapapun di sekelilingnya, dah tentulah beliau menangis! 


 ❤️ Ngantuk. Haaaa. Ni selalu terjadi pada saya. Selalunya saya ingat bayi saya nk minum. Bila bagi susu, memang minum tp x bersungguh. Menangis jugak. Ni boleh anda kenali apabila matanya berair dan makin sempit. Penyelesaiannya, dodoikan bayi dalam keadaan pergerakan seperti 'sway' atau 'rocking'. Kalau dalam masa 10minit, belum lagi diam, bermakna ada benda lain yang tak kena lagi la tu. Bukan mengantuk semata-mata.

❤️ Tidak selesa. Dah tukar pampers bayi anda? Boleh jadi terlalu basah yang menyebabkan ketidakselesaan. Selain itu, apabila bayi menangis tanpa sebab yang nyata (maksudnya selepas anda dah tukar pampers, try bagi susu, urut perut, peluk dan sway/rock beliau), bukalah pakaian beliau dan periksa setiap inci badan bayi anda. Mungkin ada serangga yang telah menggigit beliau. Periksa juga rongga mulut beliau, manalah tahu ada bendasing, seperti yang pernah berlaku pada saya. (Ada benang di dalam mulut!). Periksa rongga hidung beliau, kemungkinan tersumbat oleh tahi hidung/hingus atau bendasing. 
Segalanya mungkin ye.

*Sambil-sambil itu, apabila bayi anda menangis, bacakanlah ayat kursi bagi yang Islam. Ayat kursi itu sebagai penawar juga melindungi bayi anda dari sebarang gangguan makhluk yang tak diingini. 

Rakan-rakan sekalian, harus diingat ye menangis adalah SATU-SATUNYA cara bayi berkomunikasi dengan kita. Maka janganlah kita marah atau cepat berasa 'irritated' (yang ini saya masih belajar ni). 
Sesungguhnya bayi adalah amanah Allah. Inilah cara Allah nak tarbiyah hati kita untuk menjadi lebih sabar dan tenang.
Moga memberi manfaat. ;)

P/S : Setiap bayi adalah berbeza. Mungkin pengalaman kita juga berbeza. Senang-senangkanlah diri anda untuk menambah sebarang info di sini bagi membantu lebih ramai ibu-ibu muda di luar sana. 

❤️Life is a continuous learning process.❤️
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Post a Comment

 
LIVING MY LIFE © 2013. All Rights Reserved. Design by OSUHMSTUDIO
Top