Bismillah.
"The two biggest problems that I wish Muslim youth would solve are:
1) Not being respectful enough to parents
2) Being overexposed to shamelessness"
                                                           -Nouman Ali Khan-

Itulah petikan kata-kata dari seorang pendakwah bebas di Amerika Syarikat yang sempat saya baca pagi tadi.Saya sangat setuju dengan beliau. Menularnya pelbagai masalah sosial di kalangan anak-anak kita hari ini berpunca dari tiada rasa malu dan tiada rasa hormat langsung pada orang tua.

Saban hari, saya melihat ibu bapa TERPAKSA menjerit atau mengugut anak-anak agar anak berkelakuan baik. Dan saban hari juga saya melihat bagaimana anak-anak ini MELAWAN kata-kata ibu bapa mereka.

Astaghfirullahal'azim.
Anak-anak ibarat kain putih, saudara saudari sekalian ;)
Kitalah yang BERTANGGUNGJAWAB mencorakkan kain-kain itu..



Saudara saudari yang saya kasihi, mahukah kita mendidik anak kita dengan cara yang lemah lembut? Sebagaimana Rasulullah SAW, seorang yang sentiasa berlemah lembut pada anak-anaknya.

Pernah dengar tentang TEKNIK DORONG NABI?
Teknik dorong nabi adalah teknik mendorong anak-anak melakukan sesuatu yang baik dengan cara MEMUJI.

Hadith rujukan :
Anas bin Malik melaporkan, "Pada suatu hari ada seorang lelaki  datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyyiban mubarakan fih'. (Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh berkat)
Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, "Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?". Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, "Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa." Lalu seorang lelaki berkata, "Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu." Kemudian, Nabi Muhammad berkata, "Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu."

Nampak tak saudara saudari sekalian, bagaimana Rasulullah SAW memuji perbuatan lelaki tersebut.
Baginda :
  • tidak mengkritik kesilapan individu itu (datang lambat, mengganggu orang lain solat dengan kata-katanya yang kuat)
  • berpura-pura tidak melihat kesilapan individu itu
  • melihat perkara BAIK yang dilakkukan oleh individu itu SAHAJA (membaca doa, puji-pujian kepada Allah)
  • memuji kebaikan yang dilakukannya itu di hadapan semua VIP
Bagaimana pula harus kita aplikasikan teknik ini untuk mendorong anak-anak kita?
  1. Puji PERBUATAN BAIK yang dilakukan oleh anak-anak, bukan sifat.
  2. Beri pujian SERTA MERTA ketika anak melakukan perkara tersebut.
  3. Puji secara TERBUKA, di khalayak ramai
  4. Apabila seseorang itu melakukan kesalahan dan kebaikan serentak, JANGAN DITEGUR KESALAHANNYA. Puji kebaikannya sahaja. 
Contoh :
Apabila anak membasuh pinggan, tetapi dalam masa yang sama dapur basah & bersepah dengan air yang memercik dari paip. 
Seharusnya kita memuji USAHA anak itu membasuh pinggan, dan pejamkan mata terhadap kucar-kacir yang dilakukannya di dapur itu. 

"Bagus kakak tolong ibu membasuh pinggan. Macam inilah ibu & ayah sayang."

Bukan : "Rajinnya kakak basuh pinggan." atau "Pandai anak ibu basuh pinggan." 
Ini kerana pujian itu adalah ke atas sikap, bukan usahanya. Dan impaknya boleh membuat anak berasa selesa dengan sikap yang disebut, seterusnya boleh menyebabkan anak menjadi 'lemak' dan tidak berusaha untuk menjadi lebih baik.

Seeloknya perbuatan itu dipuji di hadapan anak-anak yang lain bagi mendorong anak itu juga anak-anak yang lain berusaha melakukan perbuatan yang baik seperti itu.

Teknik dorong ini akan meningkatkan 'self esteem' anak-anak dan mendorong anak-anak berusaha menjadi lebih baik, insyaAllah.


TADIKA ABS (AKTIF, BIJAK, SANTUN)
Tadika ABS menawarkan tiga kelainan untuk meningkatkan mutu pelanggan.


Pertama, Dorongan Teknik Nabi
Dalam tadika kita, kita tak memekikkan anak-anak. Tetapi, kondisi sekolah diwujudkan secara seronok dengan dorongan membuat baik untuk meninggalkan amalan yang kurang baik.

Kedua, Tadika ABS menawarkan modul A.R.A.F.
Budaya Melayu antaranya larang pelajar-pelajar dilarang jual beli di sekolah, walaupun kita beri wang saku untuk anak-anak kita membeli makanan dan keperluan lain di sekolah.

Modul ARAF atau Abdul Rahman bin Auf ini bukan sekadar berkongsi pengalaman jual beli, tetapi, anak-anak di Tadika ABS turut didedahkan budaya keusahawanan supaya mereka tidak menjual sijil mereka (makan gaji), sebaliknya cipta kerjaya sendiri.

Ketiga, Budaya Melayu Tinggi (BMT) diamalkan di Tadika ABS supaya anak-anak ini dididik dengan budi yang tinggi serta akhlak Islamiah.

Globalisasi menjadikan anak-anak kita lebih cepat mencerap bahasa dan budaya yang kurang sihat, sehingga pergaulan mereka tidak lagi mencerminkan budi yang tinggi.

Di Tadika ABS ini, kita menerapkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi seperti Puan Muda Shameera, bukan Shameera.

Bukan bercakap berpatik-patik seperti bahasa Istana, tetapi percakapan yang penuh dengan akhlak dan budi Melayunya.


Tahun 2015 ialah tahun kedua bagi Rangkaian Tadika ABS di Malaysia. Bilangan cawangan pada tahun pertama (Tahun 2014) ialah hanya 24 sahaja, Pada tahun 2015, bilangan cawangannya hampir mencecah 100 cawangan di seluruh negara. Rujuk senarai penuh cawangan di sini.

Kini, cawangan Tadika ABS sulung bakal dibuka di Ambangan Heights, Sungai Petani. InsyaAllah.

TADIKA ABS PERTAMA DI SUNGAI PETANI
Bagi yang berminat, klik sini. ;)


Moga Allah berkati usaha kita memberi yang TERBAIK untuk anak-anak. 
Wassalam. 


Post a Comment

 
LIVING MY LIFE © 2013. All Rights Reserved. Design by OSUHMSTUDIO
Top