MUSIM HUJAN TANPA HENTI.
A : Anak saya selsema, dah 3hari dah. Ada ubat tak, doktor?
A : Anak saya selsema, dah 3hari dah. Ada ubat tak, doktor?
D : Maaf ye Puan, untuk anak-anak yang berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil ubat selsema, kerana dikhuatiri kesan mengantuk itu akan menyebabkan keadaan anak Puan lebih teruk.
Apa yang boleh saya beri adalah ubat titis hidung untuk mengelakkan hidung anak Puan tersumbat.
.
Selsema..adalah keadaan yang biasa dialami kanak-kanak dari sejak bayi lagi.
Secara puratanya, setiap kanak-kanak mendapat selsema sebanyak 6-10kali setahun. Bagi yang tinggal di taska atau daycare, jumlah kekerapannya boleh mencecah 12kali setahun! Sebulan sekali??!!
Mengapa begitu?
Sistem pertahanan tubuh badan kanak-kanak (sistem imun) mereka masih belum cukup matang. Terdapat 200jenis kuman yang menyebabkan selsema. Dan setiap kali anak-anak kita dijangkiti selsema, badan mereka sebenarnya sedang dilatih untuk menghasilkan sistem imun yang lebih kuat dan tahan jangkitan di masa hadapan.
Setiap kali mereka dijangkiti, antibodi untuk melawan jangkitan yang sama di masa hadapan akan dihasilkan dalam badan mereka.
Pendek kata, selsema bukanlah sesuatu yang teruk bagi kanak-kanak selagi pernafasannya tidak terjejas.
Kebanyakan anak-anak mengambil masa yang agak lama untuk sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang boleh berlanjutan sehingga dua minggu!
APA YANG BOLEH IBU BAPA LAKUKAN?
- Warm bath
Semasa mandi insyaAllah hingus di hidung akan cair dan clear dengan sendirinya.
Inilah masa terbaik untuk nyahkan segala hingus di hidung :D
- Sedut hingus anak
Alternatif lain adalah dengan mengguna penyedut hidung (nasal aspirator).
Ini penting agar hingus tidak terbiar di hidung yang akhirnya akan menyebabkan tersumbat.
- Normal saline nasal drops
- Menthol inhalation
Alternatif lain anda boleh masukkan vicks ke dalam air suam dan biarkan anak anda bernafas dengan wap dari air tersebut.
Memang sangat berkesan! InsyaAllah hari ke 3 atau ke 4 dah kering.
Bakar sebahagian kecil kunyit hidup di atas api. Kemudian gosokkan kunyit tersebut di atas lesung batu supaya minyak dari kunyit tersebut keluar. Kemudian campurkan sedikit dengan minyak biasa, sapukan di batang hidung anak, juga di ubun-ubun beliau.
Bagi anak-anak yang masih menyusu badan, kerapkanlah penyusuan. Kerana dalam susu itu ada ANTIBODI yang sangat berharga bagi menguatkan sistem imun badan anak kita. SUBHANALLAH.
#breastfeedingrocks
Namun begitu, ibu bapa sekalian, sekiranya anak anda kelihatan lemah atau bernafas laju, cepat-cepatlah bawa ke hospital kerana dikhuatiri selsema yang sukar dibuang tersebut menjadi kahak yang menyempitkan paru-paru sekaligus mengganggu pernafasan anak anda.
Wallahu'alam.
Moga memberi manfaat.
=)
- Kunyit hidup?

Minyak dari kunyit bakar + sedikit minyak sayuran |
Bagi anak-anak yang masih menyusu badan, kerapkanlah penyusuan. Kerana dalam susu itu ada ANTIBODI yang sangat berharga bagi menguatkan sistem imun badan anak kita. SUBHANALLAH.
#breastfeedingrocks
Namun begitu, ibu bapa sekalian, sekiranya anak anda kelihatan lemah atau bernafas laju, cepat-cepatlah bawa ke hospital kerana dikhuatiri selsema yang sukar dibuang tersebut menjadi kahak yang menyempitkan paru-paru sekaligus mengganggu pernafasan anak anda.
Wallahu'alam.
Moga memberi manfaat.
=)
Sedut Hingus memang paling berkesan tp tak semua sanggup buat , jd jalan mudah kena la pakai penyedut hingus kan.
ReplyDelete