Nostalgic.
Terkenang kembali saat anak kami, Nurin Safiyyah masuk ke wad pada awal kehidupan beliau yakni hari ke-5.
Doktor pakar kanak-kanak yang merawat beliau berpesan kepada suami saya TIGA perkara.
1. Ingatkan isteri minum air yang banyak.
Keperluan air adalah 2-3liter (8-12gelas) sehari bergantung pada saiz badan.
Air yang banyak sangat penting untuk penghasilan susu. Jika ibu minum air sedikit, reaksi badan akan cuba menyelamatkan organ-organ badan ibu yang lebih penting seperti jantung dan otak dengan menyalurkan air yang ada ke organ-organ tersebut. Maka secara automatik susu ibu akan kurang dihasilkan.
2. Berikan isteri anda makanan yang seimbang, yang ada 'nutritional value'.
Bukannya fast food, instant food mahupun processed food ye. Dan bukan juga bermaksud makan banyak ye.
Dinasihatkan beri supplemen sebagai makanan tambahan kerana keperluan nutrisi ibu menyusu sangat tinggi terutamanya protein dan calcium.
3. Jaga EMOSI isteri.
Ingat para suami dan para bapa, emosi isteri adalah sangat PENTING!
Terdapat 2 hormon penting untuk penyusuan ibu iaitu :
❤️hormon prolaktin - bertanggungjawab menghasilkan susu ibu
❤️hormon oksitosin - bertanggungjawab dalam rembesan susu ibu
Tahukah anda yang hormon oksitosin ini berkait rapat dengan emosi ibu? Seandainya ibu rasa tenang, gembira dan ceria, lebih banyak hormon oksitosin ini akan dihasilkan. Seterusnya, penghasilan susu juga akan lebih lancar. Kerana itulah emosi ibu sering dikaitkan dengan penghasilan susu. Ibu menyusu perlu elakkan diri daripada stress, letih dan sedih. Kerana stress menghasilkan adrenalin yang secara automatik akan menjejaskan hormon-hormon ini.
Ibu yang gembira akan menghasilkan lebih banyak susu.
Moga memberi manfaat ;)
Gambar : suamiku ketika kami hendak bertolak dari bilik hotel untuk melawat Nurin di wad, beliau yang sangat gigih memberi sokongan sepenuhnya ketika itu sehingga sekarang. Thank you abang. Hanya Allah mampu membalas segala jasa abang. ❤️
Post a Comment